Assalamualaikum
Ini percubaan pertama untuk saya 'create' blog sendiri. Tak pasti lagi apa yang ingin saya ketengahkan sebab saya bukanlah orang cekap di dapur terutamanya dan di rumah amnya.
Apapun setiap dari kita walaupun angka semakin bertambah namun kita sebenarnya tidak berhenti belajar.
Keinginan untuk mempunyai blog sendiri timbul apabila saya mula aktif di blog saudara Rozzan dan sering berkongsi resipi terutama kek lapis dengan beliau. Kadang-kadang terasa malu jugak, asyik-asyik posting kek lapis saya yang timbul kat sana. Saya bukanlah pakar dan saya masih belajar lagi sebenarnya. Tiada diantara kita yang pakar kerana kepakaran dan kesempurnaan bukan milik kita.
Apapun saya harap kita dapat memenafaatkan kecanggihan teknologi yang ada untuk tujuan baik. Sudi-sudikanlah memberi cadangan dan komen agar kita sama-sama mendapat faedahnya.