Tuesday, August 12, 2008

Kek Gula Hangus


Ini resipi yang saya guna malam tadi dan dah beberapa kali buat. Sebelum terlupa tempek resipi, biar tempek awal-awal lagi. Resipi ni memang senang nak buat dan kek yang jadi pun tak berminyak.

KEK GULA HANGUS - Puan Halimah
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 s/b mentega

Masakkan gula dgn api sederhana besar sampai dah hancur. Then masukkan air panas. BEWARE cos masa ni dia meletop-letop... Then tutup api, masukkan mentega... kacau sampai mentega cair... Put aside

4 biji telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tpg gandum
2 s/kecil soda bikarbonat
1 s/kecil esen vanila

Pukul telur sampai kembang dan pekat masukkan susu pekat - mixer hingga rata masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu tuangkan esen vanila last sekali masukkan gula hangus td perap adunan ini selama 3-4 jam bertutup. utk mendptkan sarang yg cantik.

Nota:

Semalam saya guna gelas sukatan saya untuk menyukat gula dan tepung. Sementara susu pekat tu pulak saya guna baki yang memang tinggal sedikit dalam tin, kalau sukat memang tak sampai pun satu cawan apatah lagi satu gelas. Kemudian, adunan telur tu saya guna blender je. Ini kes malas nak guna mixer. Keseluruhan proses hingga dah masukkan gula hangus pun saya blend je, malas nak tuang dalam bekas dan nak kuar-kuar lagi. Adunan tu pun saya tak perap berjam-jam. Saya perap betul-betul 15minit iaitu sementara nak siapkan loyang dan panaskan oven, itu saja. Dah berkali-kali saya buat macam ni dan sarang tetap jadi.

0 comments: