Saya pertama kali buat kuih ni 2 minggu lepas. Resipi saya ambil dari resipidotnet yang disumbangkan oleh Kak Ray. Masa mula-mula bancuh dulu macam sedikit pekat, tapi saya celupkan juga acuan dalam adunan dan bila celup dalam minyak panas, ok...kuih saya jadi. Seronok rasa, even my hubby pun seronok. Yang tak seronoknya saya penat berdiri dan kuih bila letak dalam bekas terus je lesap. Si kecik saya Amir suka makan kuih ni rupanya.
Gambar kat bawah ni saja nak tunjuk rupa kuih ni dalam kuali dan acuannya sekali. Sementara yang bawah sekali tu, jenuh saya cari yang cantik untuk jadi model. Tapi rasa memang cun bagi kita orang.

Sebelum bagi resipi, nak cerita sikit. Kuih ni dikenali sebilangan orang di Sarawak sebagai kuih cap. Kenapa kuih cap? Sebabnya kan kita cap (celup) acuan dalam adunan dan cap dalam kuali selepas tu untuk bagi masak.
Kuih Goyang?? sebab kita gena goyangkan sedikit untuk ceraikan adunan dari acuan.
Kuih bunga ros??? sebab rupanya seperti bunga ros. Ada juga orang kat Sarawak panggil kuih ni dengan nama ni.

Saya cerita ni sebab ada sesetengah orang rasa heran kenapa orang ni panggil gini, orang tu pulak panggil gitu dan ada lagi orang panggil lain sedangkan benda yang disebut tu adalah barang yang sama. Ini mungkin disebabkan dialek sesetengah tempat dan mungkin juga atas sebab lain. Saya try jadi orang yang bersifat terbuka dalam berbicara mengenai gelaran satu2 barang, rupa masakan atau rasa masakan. Selera kita berbeza so bila kita ditempat orang, jangan expect rasa masakan serupa dengan ditempat asal kita. Bagi saya itu pengetahuan dan semakin banyak yang kita tahu, sebenarnya ada banyak lagi yang kita tak tahu.

ok.....untuk resipinya:
100 gm tepung beras
240 gm tepung gandum
400 ml santan
170 gm gula
150 ml air
2 biji telur
sedikit garam
Gaulkan santan, gula, telur dan air hingga gula hancur.
masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati.
Tapiskan adunan jika masih bergentel.
Panaskan kuali dan tuang minyak secukup untuk menggoreng.
Celup acuan dalam minyak panas dan goyangkan sedikit untuk kurangkan minyak pada acuan.
Celup acuan dalam adunan dan celup dalam minyak panas. Goyang2kan acuan untuk melonggarkan adunan dari acuan.

5 comments:
Salam Dee. Kebetulan ada org req nak resipi ni. Saya dah share ur link, OK kan? Thanx.
Well, kalau kat kat kelantan kitorang panggil kuih nie "Kuih Sarang Tebuan". Mungkin sebab rupa bentuk dia cam u kot.. Dulu arwah nenek sebelah mama slalu buat kuih nie. Tapi tak sempat blaja.. Seb baik kat blog akak ade.. Leh blaja kat sini. Thx anyway!~
Well, kalau kat kat kelantan kitorang panggil kuih nie "Kuih Sarang Tebuan". Mungkin sebab rupa bentuk dia cam tu kot.. Dulu arwah nenek sebelah mama slalu buat kuih nie. Tapi tak sempat blaja.. Seb baik kat blog akak ade.. Leh blaja kat sini. Thx anyway!~
BR...apa salahnya share.......lagipun itu tujuan kita ni. biar ramai yg dapat menafaatnya. Thank you BR....BR yg inspire saya sebenarnya.
Farah....terima kasih kerana bertandang. akak pun dapat resipi dari kawan dan bila cuba menjadi.
Post a Comment