Salam buat semua pengunjung blog saya. Hari ini merupakan hari pertama kita berpuasa dan belum terlambat lagi untuk saya dan keluarga mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua umat islam di seluruh dunia dan terutamanya kepada mereka yang singgah di blog ini. Alhamdulillah kesemua anak saya kecuali Amir berpuasa. Dan memang bertuah rasanya tahun ini anak-anak tidak cerewet dari bersahur pagi kelmarin lagi. Semua tak nak makan nasi, cuma nak makan roti saja. Dan emak ni apalagi, makin relaks dari memikirkan menu.
Minggu lepas juga merupakan minggu bertuah, dapat dua orang anak saudara sekaligus pada hari yang sama. Dua-dua lelaki pulak tu dan dilahirkan secara caesarean sebab tembuni kedua-duanya adik saya tu kebawah sangat hingga menghalang proses melahir secara normal. Tahun ni emak saya dapat 3 orang cucu, yang pertama hari tu awal bulan julai dan perempuan. Kebelakangan ini cucu emak saya ramai lelaki dari perempuan, kita orang ni punyalah geram nak anak saudara perempuan. Diri sendiri dah tak larat nak mengandung lagi, masa dengan Amir hari tu pun dah tak larat nak bawa badan. Di akhir kehamilan berat saya menghampiri 85kg. Apapun syukur kelima-lima anak saya dilahirkan secara kelahiran biasa dan sihat hingga hari ini.
Selamat Berpuasa dan maaf salah silap kita berbicara dialam cyber ini.

0 comments:
Post a Comment