Sunday, February 8, 2009

Percutian ke Indonesia 17 - 20jan,09

Pertama kali dalam hidup, kita orang berjalan keluar dari Malaysia. Tiket dah dibeli lama waktu Airasia buat promosi tambang murah. Nak naik MAS tak mampu....tapi yang penting flight okay dan kita selamat walau dalam hati hanya DIA yang tahu. Penerbangan dari Kuching ke Jakarta hanya ada pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu dan hanya satu flight yang bertolak jam 1000 malam. Penerbangan dari Kuching mengambil masa selama 1jam 40 minit...serupalah kalau kita orang pergi ke KL. Sampai di sana dah 1140 malam waktu kita tapi sebab waktu dia lambat satu jam maka sampai 1040 waktu sanalah.

Sebelum pergi ni....dah banyak cari maklumat dari internet. Tempat yang syok cari maklumat adalah di forum cari.com. Dari situ jugalah minta pertolongan kenalan untuk booking supir dan hotel di Bandung. Saya dan husband dan berjanji dengan adik angkat kita orang suami isteri untuk melancong bersama. Yang bestnya, tarikh 20hb Januari adalah tarikh lahir saya dan ulangtahun perkahwinan mereka berdua. So..kira good holiday for us.

Gambar kat bawah ni adalah pemandangan yang agak luarbiasa bagi kita di Malaysia yang mana tempat parking dipenuhi oleh motorsikal. Kalau di Malaysia semestinya penuh dengan kereta tapi sebaliknya disini. Motorsikal lebih banyak digunakan untuk perjalanan berulangalik ke tempat kerja. Gambar ini diambik dari bilik hotel di Jakarta.


Percutian kita orang merangkumi Bandung dan Jakarta. 18hb bertolak ke Bandung dengan supir yang dibooking melalui Kak Lina. Supir kami iaitu Pak Rahmat menjemput kami di Hotel Ibis Mangga Dua sekitar jam 715 pagi. Kita orang terus bertolak ke Bandung dan cuaca serta trafik pada pagi itu amat baik. Kami sampai di Bandung hampir 930 pagi dan terus ke Gazebo....seakan pasar minggu kalau di Kuching ini tapi besarnya mungkin 3 atau 4 kali ganda. Kita orang berpecah disitu untuk mencari kegemaran masing-masing untuk mengelak terbuang masa yang terhad. Saya dan hubby bukan ada pelan nak beli barang tertentu cuma kalau jumpa yang berkenan dan harga ok...kita beli. Hubby beli jaket untuk anak bujang dengan harga 65000rph...bukan sehelai tapi dua. Saya pulak cari barang yang boleh untuk diberi kepada anak dara adik. Barang kat sini memang banyak yang kualiti kain/materialnya okay dan berpatutan harga. Jalan di situ dalam 2jam, kemudian kita orang pergi check in di Hotel Progo sebelum meneruskan misi untuk bershopping.



Gambar keatas tu pulak adalah gambar yang hubby ambik dari dalam kereta sepanjang kita bergerak di Bandung. Seriau rasa tengok cara dia orang menunggang motosikal dan memandu kereta. Tapi yang herannya mereka ni taklah pulak sampai bergesel sepanjang jalan. Agaknya kalau di Malaysa, tak larat pihak berkaitan nak "clear"kan jalan dari kemalangan.

Gambar kat bawah ni pulak gambar di Dapur Sangkuriang sewaktu makan tengahari. Ni gambar masa tunggu makanan tiba. Bila dah sampai lupa pulak nak ambik gambar makanan.....seronok makan sebab perut dah lapar.


Selepas makan tengahari di Dapur Sangkuriang, kita meneruskan misi membeli belah di Pasar Baroe. Tempat pertama yang dituju adalah Toko Laris yang menjual telekung. Beli 8 helai telekung termasuk yang cotton dua helai. Tak terasa menghabiskan 1juta rupiah disitu tapi berbaloi. Gambar 4 dari 8helai telekung yang berjaya dirembat.

Kami bertolak balik Jakarta pada pagi Isnin. Sepanjang jalan balik trafik agak heavy dan bila dah masuk Jakarta kebetulan dah tengahari....lagilah penat rasa sebab jalan jammed. Kita terus ke Tanah Abang untuk shopping sikit.

Bertolak balik pada hari selasa dengan excess weight 11kg. Penat tapi seronok. Belum sampai ke Malaysia lagi dah bercita-cita nak pergi lagi.....alasannya banyak lagi tempat yang tak sempat pergi.


0 comments: