Sunday, February 15, 2009

Renovation

Bulan ni merupakan bulan kedua rumah dalam proses pembaikan. Mengapa lama sangat? Cuaca di Kuching sepanjang Januari memang tak berapa mengizinkan, mana lagi dengan banjirnya. Nasib baik kawasan rumah saya sekarang sistem perparitan ok so tak ada masalahlah. Kawasan lain di sekitar kawasan rumah saya memang dinaiki air. Ada yang sehingga 2 ke 3 kaki. Apapun penduduk di bandar masih beruntung kalau dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain di Sarawak.

oopppssss.........anda tengoklah sendiri ruang di rumah saya. Ruangtamu pun tak mengizinkan tetamu bertandang, ruang dapur pulak tak mengizinkan tuan rumah untuk berkarya. Memasak pun setakat masak yang biasa-biasa je. Nak cari perkakas dapur pun tak tahu ke mana, peralatan kek lagilah tak tahu.

0 comments: