Salam buat semua teman-teman yang sentiasa menjengah blog saya dan ternanti-nanti cerita baru. Banyak yang terjadi sejak kali terakhir saya update blog pada november lepas. Bermula dengan pemergian bapa saudara saya selepas pembedahan tumor di kepala kali yang ketiga. Jika anda semua pernah membaca entry saya mengenai cuti ke Langkawi Jun tahun lepas. Dialah orangnya.........pergi meninggalkan seorang balu dan 4 anak lelaki. Kesemua anak masih bersekolah dengan yang sulong baru saja habis peperiksaan SPM. Tatkala arwah pakcik nazak, anaknya yang sulong bergelut dengan kertas terakhir. Alfatihah untuk arwah.
Perkahwinan Sepupu
Masuk bulan Disember....dah sinonim dengan majlis kahwin. Minggu kedua Disember, anak sepupu dari sebelah bapa berkahwin. Minggu berikutnya pulak sepupu dari sebelah emak yang berkahwin. Selepas tu kita orang pergi bercuti ke Trengganu dan Kuala Lumpur.
Balik dari bercuti dah nak melangkah ke tahun baru. Tak buat barbeku pun seperti tahun sebelumnya sebab dah poket dah kempis balik dari berjalan.

0 comments:
Post a Comment