Wednesday, February 25, 2009

Udang Galah


Entry kali ni saja nak cerita pasal udang. Kalau kami kat Sarawak sebut "undang" dan bukan udang. Alkisahnya ahad lepas hubby nak bagi udang ni kat kawan dia, call le bapak kita tanya ada udang ke tidak. Bapak kita sejak tak bekerja, kerja dia pergi pancing udang di Sungai Sarawak yang memang di depan rumah. Bila hubby pergi ambik sebelum maghrib tu ingatkan kaum kerabat yang pergi memancing yang punya rupanya bapak kita dapat udang besar2 pulak hari tu. Dan saya terlebih rajin pergi timbanglah udang2 tu semua. Berat kesemua udang ni yang dalam 10ekor adalah 1.7kg. Dan yang paling berat tu adalah 242gm.

Sebenarnya bagi kita orang kat Sarawak ni kalau udang warna gini baru kita sebut udang. Kalau setakat yang warna pinkish gitu atau merah kehitaman, putih atau memang lain dari warna yang kat atas tu kita tak sebut udang. Sebutan ikut color dia....ada yang kita panggil "ensiyar", "payak", "ensiyar sungei" dan kadang tu berlainan sebutan ikut daerah pulak.

Tahun lepas bawa udang untuk adik angkat 3kg. Dia ingatkan udang macamanalah yang saya bawak kat dia 3kg. Bila dia tengok.........mak datuk katanya.....ini udang yang kita makan kat Langkawi puluh2 ringgit tu katanya. Bulan disember lepas pun serupa, kali ni bawak untuk kakak angkat. Terperanjat dia tengok udang besar-besar.....udang tu pulak siap bermalam di Terengganu 2 malam sebelum ke KL. Saya pack elok-elok dan kalau setakat 3-4 jam tu masih elok lagi bekunya.

3 comments:

RoziHasmawati said...

Besarnya udang.. terliuq.. meleleh air liur hehehehehh...

Nur68 said...

salam diana, ada nyebut semuan....nyaman nar juak upa udang ya....

Deeyana said...

nur........sebutan kita tok byk gilak ikut dialek masing2.