Tuesday, July 28, 2009

Perarakan kapal berhias

Malam tadi diadakan perarakan kapal berhias sempena dengan perasmian bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru. Bangunan ini yang terletak ditebingan sungai dan nampak amat jelas kalau kita berada di kawasan waterfront. Gambar yang diambil malam tadi dahlah guna kamera handphone je, kapal pulak tak lalu depan tempat kita orang bersama-sama puluhan lagi orang melihat. Gambar pun nampak macam cahaya gitu je. Kalau masa saya kecik-kecik dulu memang seronok, sebab kapal akan lalu depan rumah kita orang. Tak payah nak menapak ke mana-mana pun, tunggu je kat rumah sepupu yang berdepan sungai. Yang bestnya, ada penduduk kat kampung tu malam tadi siap berdondong sayang. Kalau kita sebelah sini sebut "bergendang'.



Gambar sebelah bawah ni semasa percikan bunga api yang mula-mula. Adalah nampak yang warna merah tu...........yang sebelah kiri bercahaya dan macam segitiga tu...........itulah dia bangunan DUN yang baru. Dapat ambik dari jauh je, nak pergi menyeberang ke waterfront tu tak laratlah. Terlalu ramai orang hinggakan jalan kat kampung tu pun pack.







0 comments: