Dah lama benar saya tak memasukkan sebarang cerita. Bila tak ada gambar tu yang buat rasa malas semakin tebal, bila dah ada gambar pulak tak berkesempatan nak berebut dengan budak-budak. Apapun saya akan cuba 'mengaktifkan' balik mood untuk memasukkan cerita samada berkaitan dengan kek atau cerita biasa.
Untuk hari ini saya nak berkongsi gambar oven kepunyaan kakak ipar. Oven ini saya bawa semasa menghadiri kursus di KL pada bulan Mei hari tu. Oven tu pulak bila saya sampai di KLIA..saya main tinggal je disitu dengan meninggalkan pesanan dekat pegawai bertugas yang tuanpunya akan datang kemudian untuk ambil. Dan rasa lucu pulak bila dia kata, nanti kita simpan di tempat "lost and found". Dapat tinggalkan dekat situ pun sebab suami kakak ipar bekas pegawai di KLIA. Kakak ipar saya beli oven yang paling besar dan mempunyai 2 tingkat api pembakar. Berat keseluruhan oven adalah 32kg.


2 comments:
Salam bersua kembali dee ..
suka rasa hati lihat dee dh bersihkan umah ... harap maintant ya dee ....^_^
lama x sembang2 dgn dee, hope dee sehat selalu
zanie....angin rajin datang. ni pun tengah teringat ada lagi nak buat tapi tengah layan spot lain kat tenet ni. tungguuuuuuuuu......
Post a Comment