Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Buat semua teman-teman pengunjung blog, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua. Sama-samalah kita mempertingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga ibadah kita diterima Allah swt.

Saya juga ingin memohon kemaafan dari semua andai ada kata-kata yang kurang enak semasa kita berinteraksi di alam cyber ini. Buat mereka yang mengenali saya secara peribadi, berbanyak-banyak maaf dipohon.....sebab saya ni kebiasaannya laser jugak.

Wednesday, August 19, 2009

Kek Lapis Horlick Milo Coklat Chip dan Lapis Masam manis



Gambar kat bawah ni adalah kek lapis masam manis. Kek dibuat atas permintaan teman jauh yang khabarnya mengidam. Kek dibuat sebelum saya berangkat untuk bertugas di perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di MITC, Melaka. Kek dipos pada hari jumaat sehari selepas saya bertolak.





Yang kat bawah ini pulak kek lapis horlick milo coklat chip. Kalau anda rajin bertandang ke blog rozzan, pasti anda terjumpa resipi kek lapis horlick milo. Namun resipinya berlainan sama sekali dan tekstur kek juga berlainan. Tadi bawa sedikit ke pejabat sebab ada budak kat pejabat tanya pasal kek lapis india, bila rasa kek ni, dia jadi tertarik dengan kek ni pulak dah.



Tuesday, August 11, 2009

Pes Laksa Sarawak


Pes ini dipesan oleh seorang kawan 2 minggu lepas kalau tak silap. Disebabkan beberapa kesibukan dan dia pun tak urgent, semalam baru sempat pergi beli dan baru kejap tadi poskan. Kawan ni pesan 20bungkus sekaligus untuk diri dan teman-teman katanya.
Happy melaksa K.

Thursday, August 6, 2009

Outstation dan Kenduri kahwin




Minggu lepas outstation ke Miri selama 2 malam. Tuntutan kerja saya memang memerlukan banyak ke luar daerah cuma sejak angka makin bertambah, rasa berat pulak nak ligat macam masa badan masih ringan. Nak tak nak kena juga pergikan, kalau tidak macamana markah prestasi hujung tahun nanti. Gambar kat atas ni saja nak kongsi dengan rakan-rakan di alam maya ni, gambar bilik hotel selama 2 malam. Yang tak disangka adalah bakul buah yang disediakan. Walau cuma epal dan limau tapi cukup jugak untuk kunyahan semasa menonton tv.




Yang ini pulak gambar pelamin majlis perkahwinan anak sepupu. Nak tunggu pengantinnya, cik abang dah ajak pulang. Pelamin ini hampir mirip pelamin sepupu saya yang berkahwin pada januari lepas.