Salam semua teman-teman. Dah nak menghampiri ramadhan ni, saya sering menerima pertanyaan tentang tempahan kek lapis. Insyaallah saya masih menerima tempahan dan sebenarnya saya belum buka pun. Saya ni memang suka kerja last minit part ambik tempahan ni. Alhamdulillah belum lagi customer hampa. Apa yang saya nak beritahu disni adalah mengenai harga kek. Harga kek yang saya jual sebenarnya tak banyak berubah sejak lebih 15tahun lepas. Kalau ada peningkatan pun disebabkan bahan yang saya guna memang harganya bukan 10sen atau 20sen je naik. Dan disebabkan itu juga pada tahun ini, mahu atau tidak ada sedikit perubahan harga kek lapis terutama Kek Lapis India. Kalau dulu saya jual dengan harga RM95.00 tapi tahun ini akan jadi RM100.00 untuk saiz standard 8"x8". Berat kek sekitar 2kg++ untuk satu adunan. Untuk kek lain, saya akan paparkan kemudian.
Saturday, July 17, 2010
Wednesday, May 5, 2010
Rumah Bersawang
Salam teman-teman dan pengunjung blog semua. Dah lama benar tuan rumah tak kemas rumah, habuk dah berinci-inci tebal, rumput di laman pulak dah nak sama tinggi dengan pagar. Sejak ber'fb' dah makin jarang mengemas rumah walaupun ada menjengah. Last entri sebelum raya tahun lepas, ni buat entri dah nak puasa tahun 2010. Harap selepas ini makin rajin mengemas rumah.
Buat teman-teman yang selalu bertanya mengenai pewarna, perisa dan mengenai kek, saya harap saya telah menjawap pertanyaan anda di 'shout box'. Kalau ada yang belum jelas, boleh sms atau email terus je kepada saya.
Buat teman yang masih terus memesan barangan kek dari saya, saya ucapkan terima kasih.
Buat teman-teman yang selalu bertanya mengenai pewarna, perisa dan mengenai kek, saya harap saya telah menjawap pertanyaan anda di 'shout box'. Kalau ada yang belum jelas, boleh sms atau email terus je kepada saya.
Buat teman yang masih terus memesan barangan kek dari saya, saya ucapkan terima kasih.
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan
Buat semua teman-teman pengunjung blog, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua. Sama-samalah kita mempertingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga ibadah kita diterima Allah swt.
Saya juga ingin memohon kemaafan dari semua andai ada kata-kata yang kurang enak semasa kita berinteraksi di alam cyber ini. Buat mereka yang mengenali saya secara peribadi, berbanyak-banyak maaf dipohon.....sebab saya ni kebiasaannya laser jugak.
Wednesday, August 19, 2009
Kek Lapis Horlick Milo Coklat Chip dan Lapis Masam manis
Gambar kat bawah ni adalah kek lapis masam manis. Kek dibuat atas permintaan teman jauh yang khabarnya mengidam. Kek dibuat sebelum saya berangkat untuk bertugas di perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di MITC, Melaka. Kek dipos pada hari jumaat sehari selepas saya bertolak.
Yang kat bawah ini pulak kek lapis horlick milo coklat chip. Kalau anda rajin bertandang ke blog rozzan, pasti anda terjumpa resipi kek lapis horlick milo. Namun resipinya berlainan sama sekali dan tekstur kek juga berlainan. Tadi bawa sedikit ke pejabat sebab ada budak kat pejabat tanya pasal kek lapis india, bila rasa kek ni, dia jadi tertarik dengan kek ni pulak dah.
Tuesday, August 11, 2009
Pes Laksa Sarawak
Thursday, August 6, 2009
Outstation dan Kenduri kahwin


Minggu lepas outstation ke Miri selama 2 malam. Tuntutan kerja saya memang memerlukan banyak ke luar daerah cuma sejak angka makin bertambah, rasa berat pulak nak ligat macam masa badan masih ringan. Nak tak nak kena juga pergikan, kalau tidak macamana markah prestasi hujung tahun nanti. Gambar kat atas ni saja nak kongsi dengan rakan-rakan di alam maya ni, gambar bilik hotel selama 2 malam. Yang tak disangka adalah bakul buah yang disediakan. Walau cuma epal dan limau tapi cukup jugak untuk kunyahan semasa menonton tv.

Yang ini pulak gambar pelamin majlis perkahwinan anak sepupu. Nak tunggu pengantinnya, cik abang dah ajak pulang. Pelamin ini hampir mirip pelamin sepupu saya yang berkahwin pada januari lepas.
Tuesday, July 28, 2009
Kek Lapis Sharifah Aini
Atas permintaan seorang teman setelah makan kek yang saya bawa sebagai buahtangan untuk seorang teman yang telah bersusah payah membantu saya semasa mendaftarkan anak di KPM. Kira dah lama janji nak bagi tapi belum ada kesempatan. Hari ini bukan hanya kesempatan tapi sebab baru terjumpa resipi...so untuk tidak menghampakan inilah resipinya.
Kek Sharifah Aini (Lapis koko epal)
10 biji telur
1 1/2 gelas gula halus
1 tin mentega
1 1/2 gelas tepung gandum
1 tin susu
1 botol horlick kecil (200 gm)
1 tin jem apple
serbuk koko
Pukul putih telur hingga kembang. Pukul kuning telur, mentega, susu dan gula hingga kembang. Satukan adunan. Masukkan tepung dan bahagi kepada 2 bahagian:
1. Beri warna kuning dan campurkan dengan horlick
2. Campurkan jem dan serbuk koko.
Bakar atau kukus berlapis.
Gambar kek ini nanti saya cari dan paste kat sini. Kepada sesiapa yang hendak mencuba kek ni, kalau malas nak asingkan putih dan kuning telur seperti saya, buat dengan 'creaming method'.
Subscribe to:
Posts (Atom)

